Hampir setengah abad aku tak sentuh blog aku ni..kenapa ek? Mungkin aku ada banyak bnda yang nak dibuat selain aku meng 'update' blog aku ni..Ya..barangkali aku terlalu leka ngan entertainment atau jugak aku sibuk sekali dengan keja2 ofis aku ataupun barang kali aku tidak ada broadband atau server internet untuk aku memudahkan aku untuk surfing sesawang2 kat internet ni..mungkin dan barangkali..
Ada kemungkinan jugak aku dah takde idea atau aku ketandusan dan kekeringan otak untuk menaip benda2 yang terjadi dalam diri aku dan yang terjadi di sekitar aku..Atau boleh dikatakan juga bahawa aku malas hendak menaip benda2 yang berjela-jela tanpa ada apa2 respon(s) daripada org2 yg sepatutnya memberi tindak balas apa yang telah aku buat dan taip sepanjang hari dan dengan sepenuh perasaan...(tidak juga begitu)..
Oh ya..aku berkemungkinan tengah melayan perasaan aku sendiri sehinggakan aku tidak tahu yang aku sebenarnya sudah ada blog sendiri..OMG...adakah aku jenis orang yang sebegitu lupa?? Mungkin ya (kata husband ku)...ya..aku menjawab..dan aku sebenarnya menghidapi penyakit amnesia-penyakit separuh tak ingat(betul ke amnesia tolong perbetulkan sapa yg tau)..dan penyakit aku yg satu lagi aku tidak dapat tidur malam..jam 5 pagi baru aku dapat tidur..barangkali penyakit aku kini makin parah..No wonder aku menjadi semakin sekeping sekarang ni..otak dan pikiran ku kusut dimamah memori2 yg mengganggu perasaanku..(sebenarnya aku tak pikir apa2 cuma aku suka mereka-reka benda yg tak terjadi-aku sedikit kurang waras kali).
Oh ya..mula2 tadi aku ingat nk taip sikit jer dlm entri aku kali ni..tp aku sendiri pun tak tau yg tangan aku makin rancak menaip benda2 yg mustahil dan mengarut ...pernah sebelum ni aku menaip benda2 yg mungkin dianggap sampah bg yang tak paham apa yg aku taip..tapi benda tu benda yg amat penting bagi aku (kalau penting kenapa aku tak save benda tu dalam pendrive aku sebelum ni..aku cuma save dalam laptop aku yg dah hilang kena curi..ahhh panjang critanyaa..) artikel2 yg aku taip 2 cuma husband aku ja yg pernah baca..ntah aku dah tak ingat lagi ada berapa helai muka surat kalau diprint..banyak sekali...dalam tu memang kalu org biasa dia takkan paham kalau korang baca..tapi setiap patah perkataan yg aku taip itu akan mengembalikan aku kepada setiap memori yang aku lalui..biasanya aku hanya hidup dalam dunia aku yang lampau (seperti Qaisy dan Laila) yg takut untuk hidup dalam dunia nyata(Pls forgive me My Lord)..Tapi itulah realiti dalam kehidupan aku...mungkin memang dah keturunan aku untuk bersikap tidak waras ckit(lama2 tu hilang akal la..)
Dah la..aku ada benda nk dibuat ni(sebenarnya tak da cuma aku suka berkata demikian)..esok lusa(3 atau 4 bulan lagi lah 2..) aku akn buat entri yg diluar pikiran lagi..sebab 2 aku tak boleh bkawan dengan org lain sebab diaorg x paham perasaan org mcm aku....kesiannnnn...
Shalommmm Damai...
Thursday, October 15, 2009
Aku Tak Pasti
Posted by Barbjohn at 9:32 AM 3 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)