BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 10, 2009

Stupids Lawak

Lawak 1

Citer pasal 2 ekor antu. Mereka ni baru jumpe and borak2 untuk mengisi free time. Cerita psl kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak abis2 menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

comment : Lawak eh..

Lawak 2

Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Toman dan yang sorang tu bernama Keli. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang.Si Toman berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Keli tak habis-habis lari keliling kolam renang tu. Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Keli ni terus melompat kedalam kolam... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Toman ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Keli. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan Si Keli tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Toman dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka. Keesokan harinya Si Toman telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Toman beliau ! ! ! ! ! ! ! ! ! mula berkata, "Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Keli bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba Si Toman pun menjawab, "Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".

comment : bodoh eh..

0 comments: